- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 30
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI 2025 DAERAH JELEBU
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 30
JELEBU, 22 OGOS - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 9 Daerah Jelebu dengan kerjasama IPD Jelebu bertempat di Perkarangan Pejabat IPD Jelebu.
Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan.
Turut hadir pada program ini adalah DSP Nor Azmi Bin Yaakob Timbalan Ketua Polis Daerah Jelebu, ASP Muhammad Zawani Bin Zawawi Ketua Cawangan Khas IPD Jelebu, ASP Rasidi Bin Ab Rashid Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jelebu, ASP Mohd Rosli Bin Saari Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Jelebu, Insp. Mohd Farizul Bin Mad Kasim Ketua Bahagian Siasatan Narkotik IPD Jelebu, Insp. Mazlinah Binti Majelita Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Jelebu, Insp. Mohd Ariff Syazwan Bin Mohd Taharim Ketua Polis Balai Kuala Klawang, Insp. Widyawati Binti Rahmat Insp Pelesenan Bahagian Pengurusan IPD Jelebu dan Encik Muhammad Ismail Bin Mohd Zohri Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDJelebu