- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 23
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 23
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Pekan Teluk Kemang telah selesai melaksanakan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025. Program ini bermula dari 15 Ogos 2025 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di Pusat Latihan DRB-HICOM, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program Pengurusan Organisasi ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pemimpin belia khususnya dan aktivis belia amnya ke arah melahirkan pemimpin yang berwibawa dan dapat membawa perubahan positif dalam masyarakat dan negara. Peserta bagi program ini daripada golongan belia yang terdiri dari beberapa
persatuan, kelab, SRM dan juga SRM IPT.
Program ini merangkumi 5 modul, iaitu Kepimpinan dan Kemahiran Komunikasi, Penyediaan Kertas Kerja dan Pengurusan Kewangan, Pengurusan Mesyuarat dan Dokumentasi, Kembara PPO dan Pembentangan Kumpulan.
Semoga apa yang dipelajari sepanjang tiga hari ini dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan kepada peserta. Seterusnya, mampu menjadi seorang pemimpin yang berwibawa di masa akan datang.
#ppon9
#ppo2025
#jbsn
#kbs