- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 21
PERTANDINGAN PETANQUE PROGRAM 1000 LIGA DAERAH PORT DICKSON MERIAH DI SEREMBAN 2
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 21
PORT DICKSON, 17 Ogos – Pertandingan Petanque sempena Program 1000 Liga Daerah Port Dickson telah berlangsung dengan penuh meriah di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Tan Sri Dato Haji Mohd Said, Seremban 2. Program ini telah diserta oleh seramai 128 orang peserta yang mempertandingkan kategori terbuka.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama rakan strategik PD United Football Club serta rakan pelaksana Persatuan Petanque Negeri Sembilan. Pertandingan ini dijalankan secara liga bagi mencungkil bakat di kalangan peserta di samping menggalakkan masyarakat bergiat aktif dan cergas dalam aktiviti sukan.
Seawal jam 08.00 pagi, pertandingan dimulakan dengan pusingan liga peringkat kumpulan dan diteruskan sehingga ke pusingan peringkat akhir. Para peserta telah bertanding dengan oenuh semangat dan bersungguh-sungguh walaupun keadaan cuaca yang sangat panas.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, diiringi oleh Encik Atif Sheikh Ismail, Setiausaha Persatuan Petanque Negeri Sembilan. Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, mini cek cura serta sijil pemenang.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam Zakaria dari PBSD Port Dickson serta Encik Firdaus Lokmanalhakim mewakili PD United Football Club.
Pertandingan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan, malah menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, persatuan sukan dan komuniti setempat.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
Persatuan Petanque Negeri Sembilan pepnes PD united
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#Petanque #1000LigaPortDickson