KEJOHANAN MOUNTAIN BIKE (MTB) XCO TAMPIN 2025

TAMPIN, 17 Ogos 2025 (Ahad) – Pada hari ini menyaksikan lebih daripada 70 pelumba meliputi 14 kategori mengikut jantina dan peringkat umur yang melibatkan penyertaan dari pelbagai kelab berbasikal dalam dan luar negeri. Kg. Seri Repah telah menjadi lokasi medan taruhan para pelumba bagi mengungguli kategori masing-masing.
Kejohanan di bawah Program Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan ini telah dianjurkan oleh Kelab Berbasikal Kayuh Lambek (KLCC) dan Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama En. Saiful Adly bin Hj. Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin serta wakil-wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri
Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan Hospital Daerah Tampin dalam membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini.
Tahniah di ucapkan kepada para pemenang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search