PROGRAM MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI SIRI 12/2025 DAERAH KUALA PILAH SEMPENA PROGRAM KUALA PILAH SELAMAT 2025

Kuala Pilah, 16 Ogos 2025 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 12 telah pun diteruskan lagi bersempena dengan penganjuran Program Kuala Pilah Selamat 2025 di Dataran Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah bermula seawal jam 7.30 pagi tadi.
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dan Persatuan Senamrobik SE. Seramai 200 orang peserta senamrobik telah mengambil bahagian dan menjayakan program kali ini. Penglibatan komponen pelbagai bangsa, agama dan umur telah pun bemandi peluh diiringi dengan muzik beserta instruktor senamrobik yang penuh berenergertik dan lincah.
Disamping aktiviti senamrobik, pelbagai lagi aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan tarik tali, sukaneka, pocket talks, gerai pameran dan jualan, kaunter bayaran saman PDRM dan JPJ, kaunter pungutan zakat dan kaunter cukai tanah serta banyak lagi aktiviti yang menarik minat pengunjung.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dengan diiringi oleh Ketua IPD Kuala Pilah, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Ketua-ketua Jabatan dan wakil.
#FYP
#THISISPILAH
#hsndkp2025
#beliabeliawaniskp
#KBSMalaysia
#jbsn
#jbsn9
#pbsdkualapilah
#krmkualapilah

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search