PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH BIL. 02/2025 SUKAN PING PONG DAN SNOOKER

Kuala Pilah, 3 Ogos- Program 1000 Liga Peringkat Daerah Kuala Pilah 2025 diteruskan lagi dengan penganjuran dua (2) jenis sukan lagi iaitu, Pertandingan Ping Pong dan Snooker Berpasangan. Sebanyak 25 pasukan telah pun bertanding dalam sukan snooker yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Kelab Snooker KRM Melang. Manakala penyertaan dalam sukan ping pong pula sebanyak 15 pasangan yang bertanding.
Kedua-dua pertandingan telah pun dimulakan pada tepat jam 9.00 pagi. Sukan Ping Pong dimainkan di Dewan KRM Kuala Pilah, manakala sukan Snooker pula dimainkan didalam Pusat Sukan Dalaman KRM Kuala Pilah.
Majlis Penyampaian Hadiah telah pun disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Zulfadli bin Ahmad, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah. Turut hadir sama Penolong HEP Kolej Yayasan Negeri Sembilan, Pengerusi Persatuan Ping Pong Daerah Kuala Pilah, Pengerusi Kelab Snooker KRM Melang dan YDP MPP KYNS.
Bagi acara Snooker Johan telah digondol oleh Aniq Asyraf bin Tuah dan Muhammad Aiman Hadif bin Saiful Affendi, mengalahkan pasangan Naib Juara Muhammad Aiman Hafiz dan Iskandar Aznan dan tempat Ketiga jatuh kepada Muhammad Asyraf bin Tuah dan Mohd Naqimuddin bin Sammuri.
Manakala sukan ping pong pula dimenangi oleh pasangan Mohd Azri dan Ammar sebagai Johan mengalahkan bergu Hafiz Adam dan Harris Zaqwan dan Ketiga pula Nuril Annuwar dan Wan Aisy. Semoga di tahun hadapan kita berjumpa lagi.
#FYP
#THISISPILAH
#KBSMalaysia
#jbsn
#jbsn9
#pbsdkualapilah
#krmkualapilah
#kynsgentam
#mppkyns
#1000ligadaerahkualapilah2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search