PROGRAM 1000 LIGA PING PONG PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2025

Jempol - Telah berlangsung Program 1000 Liga Ping Pong Peringkat Daerah Jempol 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Kelab Ping Pong Jompo (JTTC) melibatkan 60 orang peserta dari pelbagai peringkat umur yang bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol En. Muhammad Syahir Bin Mohd Sabri diiringi oleh Pengerusi Kelab Ping Pong Jompo (JTTC) En. Ilham bin Gani. Johan dimenangi oleh Najmi manakala naib johan dimenangi Thiaman dan ketiga dimenangi oleh Ryan Jr.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mengambil bahagian pada pertandingan Ping Pong kali ini.
#TeamKBS
#PBSDJEMPOL
#JBSN9
#JBSNBersama
#malaysiamadani

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search