- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 29
PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 29
Gentam, 02 Ogos- Program 1000 Liga Peringkat Daerah Kuala Pilah 2025 telah dengan jayanya dianjurkan di Kolej Yayasan Negeri Sembilan, Gentam. Kerjasama ampuh antara Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan Pejabat KYNS, Gentam dan Barisan MPP KYNS.
Sebanyak 3 jenis sukan dipertandingkan pada hari ini. Fun Run merupakan acara yang mendaapat sambutan hangat, seramai 200 orang peserta telah pun mengambil bahagian dalam acara tersebut. Manakala sukan Dart mendapat sambutan yang tidak kurang hebatnya. Peserta wanita beradu kekuatan mental dengan peserta lelaki. Sukan catur juga mendapat penyertaan yang amat bagus. Seramai 10 peserta telah pun mengambil bahagian.
Tepat jam 7.30 pagi aktiviti senamrobik telah pun dimulakan yang diketuai oleh Coach Mairia dari Kelab Fitness Empire Kuala Pilah. Seterusnya, para peserta telah pun mengambil bahagian dalam acara Fun Run, dimana acara ini telah pun dimenangi oleh Mohd Aidil Adha sebagai Johan, Naib Johan oleh Danny Haqim dan tempat Ketiga jatuh kepada Mohd Taufik Iskandar.
Mohamad Zafrul Bin Mohd Tajuddin telah diisytiharkan sebagai Johan Pertandingan Dart, tempat Kedua oleh Ashraf bin Abd. Hadi dan Ketiga Aqil Dannish.
Johan bagi acara Catur diungguli oleh Amar Afik bin Nor Hisham, Naib Johan Mohammad Amir Arief dan Ketiga oleh Azree Huzaimi bin Abu Bakar. Tahniah kepada para pemenang dan syabas diucapkan kepada Barisan MPP KYNS dan Pejabat KYNS, Gentam diatas kerjasama yang I 800 berbelah bahagi menjayakan program tahun ini. "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA".
#FYP #KBSMalaysia#jbsn#
#pbsdkualapilah
#krmkualapilah
#kynsgentam
#mppkyns