- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 23
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (SIRI 2)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 23
02 OGOS 2025, Seremban – Program yang memberikan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging ataupun berlari.
Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 2) bertempat di Balairaya Taman Panchor Jaya tadi. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Rakan Strategik Kelab Senamrobik Lindalin dan Rakan Pengelola Kelab Senamrobik Ceria Seremban. Program yang menjadi tumpuan diperingkat komuniti ini telah menarik minat penyertaan seramai 52 orang.
Program ini di meriahkan dengan kehadiran Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Barisan ahli Kelab Senamrobik Ceria Seremban yang turut sama menyertai aktiviti tersebut. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan akan datang agar menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#malaysiaaktif@komunitiseremban2025