- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 28
KOLAM RENANG PDGCC RIUH DENGAN AKTIVITI AQUAROBIK PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI DAERAH PORT DICKSON (SIRI 6)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 28
Port Dickson, 01 Ogos - Seramai 50 peserta dari komuniti setempat sekitar daerah Port Dickson telah menyertai Program Malaysia Aktif @Komuniti Peringkat Daerah Pott Dickson (Siri 6) bertempat di Port Dickson Golf and Country Club (PDGCC). Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Rakan Pelaksana, KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
Pada siri kali keenam ini, KEFA membawakan kelainan dengan aktiviti aquarobik. Aquarobik yang juga dikenali sebagai aerobik air adalah bentuk senaman yang selamat dan berimpak rendah yang dilakukan di dalam air. Ia sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan. Ia juga boleh dilakukan sama ada di kolam renang peribadi atau sebagai sebahagian daripada kelas berpandu yang diketuai jurulatih kecergasan yang bertauliah.
Aktiviti ini dikendalikan oleh barisan jurulatih bertauliah dari KEFA diketuai oleh Coach Zarina Harun dimulakan dengan pemanasan badan dan regangan ringan selama 30 minit sebelum para peserta dibenarkan masuk ke dalam kolam renang. Acara diteruskan lagi dengan pelbagai gerakan senaman di dalam air oleh para jurulatih selama 30 minit sahaja bagi mengelakkan kecederaan atau kekejangan otot. Peserta kelihatan ceria dan bersemangat sepanjang program selain berpeluang menikmati senaman yang menyeronokkan tanpa membebankan sendi.
Air memberikan rintangan semula jadi yang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada tulang, sendi atau otot. Aktiviti aquarobik ini menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk kesihatan kardiovaskular yang lebih baik, kekuatan otot yang dipertingkatkan dan kelenturan badan yang meningkat. Aquarobik juga boleh menjadi satu kaedah kecergasan yang menyeronokkan dan menyegarkan untuk meningkatkan tahap tenaga harian peserta.
Pihak penganjur yang melihat keterujaan peserta dengan aktiviti aquarobik ini berharap agar aktiviti sebegini dapat diteruskan sebagai salah satu inisiatif komuniti sihat dan aktif di samping menarik lebih ramai penyertaan pada masa akan datang.
Turut hadir bersama ialah Puan Siti Alifah Hamzah mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Puan Noormilah Abu Bakar, Pengerusi KEFA, Puan Mastura dari PDGCC dan Encik Jamaludin Sulaiman, Pengerusi GB4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang.
Aquarobik...seronok, segar dan sihat!
Hannah Yeoh
Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia KEFA Group Official
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#KEFAxPDGCC #Aquarobik #4BPekanTK