Sukan Komuniti Luar Bandar 2025 Peringkat Negeri Sembilan

Gemencheh, 2 Ogos – Suasana Felda Bukit Rokan meriah dengan gelak tawa dan sorakan apabila lebih 500 penduduk tempatan berkumpul bagi menyertai Sukan Komuniti Luar Bandar 2025 anjuran bersama Majlis Belia Felda Malaysia Felda Bukit Rokan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Acara yang berlangsung seawal 7.30 pagi di Padang Awam Felda Bukit Rokan itu menyaksikan pelbagai aktiviti sukan seperti bola tampar, sepak takraw, sukan rakyat, dan senamrobik yang berjaya menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak dan warga emas.
Objektif utama penganjuran kejohanan ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara komuniti luar bandar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin, YB Dato' Mohd Isam Bin Haji Mohd Isa, yang turut memuji semangat kesepaduan masyarakat luar bandar dalam menjayakan program ini. Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin, Puan Suriani binti Salihin dan ketua-ketua jabatan Daerah Tampin serta kepimpinan belia di daerah ini.
Program ini berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada pasukan yang telah menang dalam acara yang telah disertai. Tahniah kepada semua pemenang.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search