- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 33
PELAJAR – PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI) MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (SIRI 1)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 33
31 JULAI 2025, Rantau - Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging atau berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 1) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shamsudin Nain, Rantau pada pagi tadi. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Kelab Senamrobik Lindalin. Buat pertama kali nya, program sebegini di sertai oleh pelajar-pelajar Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) daripada 5 buah sekolah iaitu SMK Dato Dato’ Shamsudin Nain, SMK Mambau, SMK Bandar Baru Sri Sendayan, SMK Taman Tuanku Jaafar dan SMK Seremban 2 dengan jumlah penyertaan keseluruhan seramai 112 orang peserta.
Program ini di meriahkan dengan kehadiran Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan guru – guru pengiring yang turut sama menyertai aktiviti tersebut. Terima kasih buat pengurusan Kelab Senamrobik Lindalin dan SMK Dato’ Shamsudin Nain di atas pengurusan sepanjang program berlangsung dan sekolah-sekolah yang turut sama menyertai program hari ini.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban