- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 27
PIKA - PIKA BALL MINI TOURNAMENT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 27
PAROI, 30 JULAI 2025 - Pickleball merupakan sukan raket yang sedang viral dan mendapat perhatian penggemar sukan di Malaysia. Disebabkan popularitinya yang semakin meningkat di serata dunia, oleh yang demikian, warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang untuk mencuba dan merasai sendiri penangan sukan yang sedang kian meningkat naik didalam arena sukan Malaysia.
Mini tournament yang pertama kali diadakan ini mempertandingkan beregu campuran telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Sebanyak 13 pasukan mendaftarkan diri dan sekaligus berentap dengan sengit sekali bagi merebut gelaran Johan, Naib Johan dan tempat ke 3 untuk pertandingan ini. Mini tournament ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan sendiri iaitu Encik Ahmad Syariffudddin bin Sarmin.
Majlis Penyampaian Hadiah juga telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan) dan Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Pengawai Pembangunan Rakan Muda.
Terima kasih buat barisan urusetia Kelab Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dalam melaksanakan dan menjayakan pertandingan ini. Semoga pertandingan seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dengan penglibatan lebih ramai lagi warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#PIKAPIKABALLJBSN9