KEJOHANAN BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) 2025 DAERAH JELEBU

JELEBU, 26 JULAI - Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) 2025 Daerah Jelebu bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Simpang Pertang. Program telah dimulakan seawal 8.30 pagi dengan pendaftaran setiap pasukan, taklimat dan aturcara program serta pembahagian kumpulan perlawanan. Sebanyak 11 pasukan yang bertanding untuk merebut hadiah Johan pertandingan.
Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan VENOM VIXENS, manakala naib johan telah dimenangi oleh pasukan DEFLY seterusnya tempat ke-3 bersama adalah FIREBIRD & GEGIRL FIGHTERS.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Noorulhuda Bin Haji Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Turut hadir adalah Puan Afizah Binti Aduring Pegawai Pemantau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Ribuan terima kasih kepada pengurusan Jawatankuasa Teknikal Bola Jaring Jelebu yang menguruskan perlawanan dengan baik dari awal sehingga ke akhir permainan. Semoga program ini dapat diteruskan setiap tahun bagi menggalakan budaya bersukan seterusnya dapat membina budaya hidup yang sihat.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kita jumpa lagi di perlawanan peringkat negeri nanti. Tahniah dan syabas diucapkan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNbersama
#PBSDJelebu

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search