- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 37
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI 2025 DAERAH JELEBU
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 37
JELEBU, 21 JULAI - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 3 Daerah Jelebu dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu (PAWE) bertempat di Dataran Jam Kuala Klawang.
Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan.
Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDJelebu