- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 25
PROGRAM MOBILISASI SKUAD IHSAN MADANI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 25
Gemas, 20 Julai 2025 - Masyarakat masa kini semakin celik dengan pelbagai aktiviti kesukarelawan yang bukan sahaja menyumbang dalam bentuk wang ringgit atau aset, tetapi dari segi kudrat, masa dan tenaga demi menjaga keharmonian sejagat seterusnya melahirkan suasana sosial yang sihat serta bertimbang rasa.
Komuniti pada hari ini bersama-sama mengembeling tenaga untuk memelihara semula sekitar kawasan Masjid Al-Ansar Felda Jelai 4 dan tanah perkuburan berhampiran. Program ini adalah dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Gemas yang turut serta dalam aktiviti pembersihan demi memastikan keselesaan para jemaah masjid dan ahli keluarga yang menziarahi tanah perkuburan tersebut. Aktiviti gotong-royong ini dimulakan seawal jam 7.30pagi dengan kehadiran sukarelawan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.
Turut hadir bersama-sama menyumbang tenaga adalah Encik Jumasri bin Rahim, Ketua Kampung Felda Jelai 4, Encik Abdullah Sani bin Mahmud Pengerusi Masjid Al-Ansar Felda Jelai 4 dan Ustad Hasrul Nizam bin Sidek Penolong Pegawai MAINS 2 selaku wakil MAINS Cawangan Gemas serta Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Rakan Muda Rakan Prihatin.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNbersama
#rakanmuda
#teampbsdtampin