PERTANDINGAN MEMANAH PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON TAHUN 2025

Port Dickson, 19 Julai 2025 - Memanah adalah sukan yang mencabar kemahiran, ketepatan, dan ketenangan. Ia adalah sukan yang menarik untuk ditonton dan juga boleh dinikmati oleh semua peringkat umur dan kebolehan. Memanah merupakan sukan yang melibatkan penggunaan busur untuk melepaskan anak panah ke sasaran. Pertandingan Memanah Program 1000 Liga Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2025 telah diadakan hari ini bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama rakan strategik, PD United Football Club dan rakan pelaksana, Kelab Memanah Port Dickosn (Port Dickson Archery Club - PDAC).
Seramai 46 orang peserta lelaki dan 33 orang peserta wanita telah menyertai acara acara memanah di bawah kategori bawah 12 tahun dengan jarak 30 meter dan bawah 15 tahun dengan jarak 50 meter. PDAC merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO's) yang bergiat aktif dalam menganjurkan klinik memanah, kelas memanah dan pertandingan memanah, dipimpin oleh Encik Ali Mohamad. Para peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri dari pelbagai kelab memanah melalui badan bukan kerajaan (NGO's) dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Puan Noorhayati Kamaruddin, Pengetua SMK Datuk Haji Abdul Samad telah melancarkan gimik perasmian program dengan menurunkan tanda tangan beliau ke atas target face. Seterusnya, beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori bawah 12 tahun. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori bawah 15 tahun.
Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Mohd Yazid Ismail dari Xtion 10, Encik Firdaus Lokamanalhakim, Bendahari PD United, Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam Zakaria dari PBSD Port Dickson.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPD #TeamJBSN9 #TeamSukan
#1000LigaPortDickson #Memanah
#PDAC #PDUnited #SDASA

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search