- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 28
KOMUNITI MADANI KAMPUNG CHUAH MERIAHKAN PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 DAERAH PORT DICKSON (SIRI 4)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 28
Port Dickson, 19 Julai - Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Daerah Port Dickson (Siri 4) telah berlangsung meriah bertempat di Perkarangan Pusat Pentadbiran Persatuan Kebajikan dan Persahabatan Xin Yee Hoe, dekat Kampung Chuah hari ini. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) dan dikuasakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson melalui Program JIWA Komuniti MADANI Kemasyarakatan.
Seawal jam 08.30 pagi para peserta telah mula tiba dan membuat pendaftaran melalui kod QR yang disediakan. Barisan Instruktor Kecergasan Bertauliah dari KEFA yang diketuai oleh Puan Zarina Harun telah memulakan acara senamrobik dengan sesi pemanasan badan. Para peserta menjalankan aktiviti senamrobik dengan penuh bersemangat dan ceria. Acara senamrobik berlangsung selama 45 minit telah memberikan reaksi positif di kalangan semua peserta.
Puan Azuraini Abd Majid, Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson mengucapkan setinggi penghargaan kepada PBSD Port Dickson dan KEFA di atas kesudian untuk berkolaborasi dalam program pada kali ini sebagai pengisian dalam Program JIWA Komuniti MADANI Kemasyarakatan.
Turut hadir bersama ialah Encik Yap selaku Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Chuah, Puan Siti Alifah Hamzah mewakili PBSD Port Dickson dan Puan Noormila Abu Bakar, Pengerusi KEFA.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
KEFA Group Official
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#KEFAxPenerangan #KEFAxCHUAH