- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 26
BELIA BERKEMAHIRAN ASAS KEUSAHAWANAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 26
Rembau, 19 Julai 2025 (Sabtu) – Komited dalam memperkasa kemahiran belia setempat khasnya di daerah ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat KEMAS Daerah Rembau berkolabrasi menganjurkan Program Skills For Life @ Parlimen Peringkat Daerah Rembau 2025.
Kursus Kemahiran Asas Pembuatan Kraftangan Bunga Dawai Baldu menjadi santapan latihan secara teori dan praktikal kepada para peserta. Bimbingan tenaga pengajar bertauliah daripada Pejabat KEMAS Rembau yang diketuai oleh Puan Roshaslina binti Haji Mohd Hashim, berjaya membekalkan ilmu asas kemahiran tangan serta membuka peluang ke arah keusahawanan sosial.
Penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau bersama Cik Nur Adibah Binti Mohd Mazalan, Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran, Pejabat KEMAS Daerah Rembau.
Program Rakan Muda Rakan Mahir ini merupakan antara inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong usaha memperkasa belia melalui pendekatan berasaskan kemahiran praktikal dan keusahawanan. Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk memperkukuh potensi diri serta menyumbang kepada pembangunan komuniti.
Belia Berkemahiran, Aspirasi Negara Tercapai.
Lahirkan Belia Mahir, Raih Masa Depan Cerah.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#teamPBSDR
#JBSNBersama
#rakanmuda
#rakanmahir
#pbsdrembau
#KEMASrembau