MPBN - Suara Generasi Kini, Halatuju Negara Esok!

Port Dickson, 30 Jun - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) terus menjadi platform penting anak muda untuk bersuara, berbincang dan mencorak dasar pembangunan belia bersama agensi serta jabatan kerajaan.
Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Daerah Port Dickson 2025 kembali menyemarakkan suara anak muda pada 26 Jun 2025 bertempat di Dewan D'Majlis, Pusat Latihan DRB HICOM, Port Dickson dengan membahaskan tujuh (7) usul di dalam tiga (3) kluster utama iaitu Kepimpinan, Kesihatan dan Kebajikan.
Persidangan telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Puan Nurhazelin binti Makli, Pegawai Daerah dan Tanah Port Dickson. Turut hadir sama, Encik Mohd Faizal bin Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Encik Khairi bin Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson serta barisan Ahli Majlis Yang dilantik dan Ahli Lantikan Pengerusi.
Manakala antara pemerhati yang hadir adalah Encik Shahriman bin Ramly, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Puan Farhana binti Zaharuddin, Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan, Puan Nur Baawiah binti Omar dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Ahli Gabungan Majlis Belia Daerah Port Dickson.
Hasrat MPBN adalah jelas yakni memperkukuh ekosistem belia agar kekal relevan, progresif dan bersedia menyambut cabaran global. Melalui sesi Perundingan ini, pelbagai maklum balas dan kesepakatan berjaya dicapai, sekaligus memperkukuhkan jaringan antara pertubuhan belia dan agensi pelaksana dasar.
Adalah menjadi harapan agar platform ini dapat mencerminkan komitmen negara untuk melibatkan suara akar umbi dalam dasar yang inklusif, responsif dan berimpak tinggi.
#teamkbs
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdPD
#MBDPD
#MPBN2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search