- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 52
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 2)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 52
TAMPIN, 29 Jun 2025 (Ahad) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 2) bertempat di Masjid Kg. Tengah, Gemencheh. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh dengan kerjasama Masjid Kg Tengah, Gemencheh.
Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh. Turut hadir bersama ialah Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, YM Dato' Abdul Malik bin Abdull Ghani Pengerusi Masjid Kg. Tengah, Gemencheh dan Puan Zuraina binti Nordin Presiden Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin