PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 1)

TAMPIN, 29 Jun 2025 (Ahad) - Seramai 50 orang peserta hadir di Bukit Tok Saih, Gemencheh untuk menyertai Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 1) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Kelab Senamrobik Sihat Anggun dengan kerjasama Moncheh Hikers.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh. Turut hadir bersama ialah Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Noor Fisah binti Mohamed, Presiden Kelab Senamrobik Sihat Anggun.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search