- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 60
KEMAHIRAN LATIHAN ASAS (KLAS) RENANG PERINGKAT NEGERI SEMBILAN FASA 1 TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 60
SEREMBAN, 26 Jun 2025, -Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif terkini KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) kepada kanak-kanak berusia 6 - 12 tahun dalam kalangan keluarga B40 dengan jumlah keseluruhan 80 orang penyertaan.
6 sesi latihan telah selesai dilaksanakan bermula pada 12 Jun yang lalu. Maka berakhirlah KLAS RENANG PERINGKAT NEGERI SEMBILAN FASA 1 TAHUN 2025. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta telah diadakan di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban dan Academy Dive Ocean Raiders.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB Tuan Ng Chin Tsai , ADUN Temiang. Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut Encik Rosdi Pilus, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Ravivarma, Presiden, Persatuan Finswimming Negeri Sembilan dan wakil-wakil guru dari SJKC Chung Hua, SJKC Chi Hwa, SK Temiang dan SK Dato’ Klana Maamor.
Semoga program ini memberi manfaat kepeda peserta dan diharapkan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
#teamKBS
#teamjbsn
#teamjbsn9
#jbsnKomited
#malaysiamadani
#KLASRenang