- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 74
460 SERTAI 5KM RUN DAY CHALLENGE - PROGRAM 1000 LIGA
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 74
Rembau, 26 Jun 2025 - Program 1000 Liga merupakan pertandingan berkonsepkan60 sukan individu bertujuan memupuk minat dan menarik ramai ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan.
Jendela Program 1000 Liga Peringkat Daerah Rembau 2025 dibuka dengan pelaksanan acara olaraga hasil kolabrasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong.
Seramai 460 pelari menyertai 5KM Run Day Challenge bagi kategori lelaki dan perempuan yang mana pelepasan larian disempurnakan oleh En. Mohamad Zohari bin Tan, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Kawalan Kualiti IKTBN Chembong. Turut hadir memeriahkan program, En. Muhammad Izzat Emir bin Roshizan, Pegawai Unit Pembangunan Sukan dan Rekreasi Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau dan Encik Mohd Zulhusmi bin Mohd Noor, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Chembong
Tahniah kepada semua pemenang bagi kedua - dua kategori.
Sukan Teras Perpaduan.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdrembau
#1000Liga
#RakanMudaRakanAktif
#IKTBNChembong