SUARA BELIA TERUS SEGAR BERGEMA DI MPBN REMBAU 2025

Rembau, 26 Jun 2025 (Khamis) – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan wakil – wakil Kementerian, Jabatan serta Agensi Persekutuan dan negeri.
Sebanyak tujuh (7) usul pembangunan belia telah dibahaskan oleh perwakilan sepanjang berlangsungnya persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Rembau Tahun 2025 pada pagi tadi di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau. Usul tersebut merangkumi kluster Pembangunan Modal Insan, Keusahawanan, Pelancongan dan Warisan Budaya, Pendidikan, Undang-Undang atau Polisi Awam, Kesihatan Awam dan Sosial, Pembangunan Komuniti Belia, Pembangunan Belia Sukan serta Undang-Undang dan Tadbir Urus.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Persidangan, pengerusi dan wakil pertubuhan belia, serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang telah memberikan pandangan, cadangan dan maklum balas yang sangat konstruktif. Ini membuktikan bahawa suara belia masih relevan, segar dan berdaya saing,“ kata Yg. Berusaha Tuan Mohd Zamri bin Mohd Isa, Pegawai Daerah Rembau merangkap Pengerusi Persidangan MPBN Daerah Rembau dalam ucapan penangguhan persidangan.
Turut hadir mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau, Encik Muhammad Faries Faizal bin Shamsul, Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau, semua AJK Pertubuhan Belia, AJK Kerja Majlis Belia Daerah, AJK Agensi Kerajaan dan AJK Lantikan Pengerusi Persidangan.
Antara pemerhati yang hadir adalah Encik Shahriman bin Ramly, Naib Pengerusi Majlis Belia Negeri Sembilan, Pegawai Khas Pejabat Parlimen Rembau, DUN Chembong dan DUN Kota serta mantan pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau.
Belia Prihatin.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#teamPBSDR
#JBSNBersama
#pbsdrembau
#MBDRembau
#MPBN2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search