PROGRAM SKILLS FOR LIFE @PARLIMEN PERINGKAT DAERAH TAMPIN

Tampin, 24 Jun 2025 - Pada masa kini, kemahiran pelbagai bidang amatlah penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara di samping menjana pendapatan secara sepenuh atau separuh masa. Pejabat ini mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan KEMAS Cawangan Tampin dalam menjayakan program ini di peringkat daerah Tampin.
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada belia berumur 15 hingga 30 tahun mengambil peluang untuk mempelajari kemahiran baru iaitu Shrink Wrap Hamper yang dikelola sepenuhnya oleh pengajar bertauliah dari KEMAS Cawangan Tampin. Kemahiran ini adalah salah satu bentuk "hands-on" yang bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan peserta, malah boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan mereka.
Majlis diserikan dengan kehadiran Cik Hazwani binti Zaiyuddin Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Daerah Tampin serta Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif selaku wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search