- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 164
PERTANDINGAN OLAHRAGA PROGRAM 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 164
Port Dickson, 23 Jun 2025 - Program 1000 Liga merupakan program sukan individu berbentuk pertandingan dan terbuka kepada semua peringkat komuniti setempat bertujuan memupuk minat serta menarik penyertaan ramai ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan. Pertandingan Olahraga (Larian 100 Meter) telah menjadi acara pertama yang dianjurkan bagi Program 1000 Liga Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2025. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama rakan strategik, PD United Football Club dan rakan pelaksana, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson telah berlangsung dengan meriah di Stadium Tunku Abdul Rahman (STAR), Paroi hari ini.
Seramai 61 orang peserta lelaki dan 62 orang peserta wanita telah menyertai acara larian 100 meter bagi kategori bawah 13 tahun, 15 tahun dan 18 tahun. Acara dimulakan dengan sesi saringan untuk menyenaraipendekkan peserta pusingan akhir seramai 8 orang bagi setiap kategori.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson turut berkesempatan melepaskan peserta larian (flag-off) mengikut kategori bagi pusingan akhir sebelum menyampaikan hadiah, medal dan sijil kepada para pemenang.
Turut hadir bersama ialah Encik Ishak Mohd Noor, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson bersama Encik Mohd Fahmi bin Ramli, Penolong Pegawai PPD (Unit Pembangunan Bakat Murid) dan Encik Mohd Azam Zakaria dari PBSD Port Dickson.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPD #TeamJBSN9
#1000LigaPortDickson #Olahraga
#KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh