LIGA SUKAN OKU (LISOKU) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025

22 Jun 2025, Seremban
Kejohanan Liga Sukan OKU (LISOKU) Peringkat Negeri Sembilan telah melabuhkan tirainya hari ini di Komplek Sukan Negeri Paroi., Negeri Sembilan. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Rosdi bin Pilus.
Tiga (3) jenis sukan yang dipertandingkan iaitu acara Ten Pin Boling, Bola Tampar Duduk dan Futsal. Setiap acara mempertandingkan kategori lelaki dan wanita dan disertai oleh 147 peserta dari pelbagai kecacatan antaranya fizikal, pendengaran, penglihatan dan kecacatan akal.
Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Boling Padang Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan serta mendapat sokongan dari pelbagai pihak seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sembilam, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban. Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Sembilan turut sama menjayakan program ini.
Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Teknikal iaitu Persatuan Bola Tampar Duduk, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dan Persatuan Ten Pin Boling Negeri Sembilan. Diharap agar kejohanan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi merancakkan lagi pembangunan sukan OKU di Negeri Sembilan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#Teamjbsn9
#JBSNBersama
#LisokuN9
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search