SESI MENGADAP YANG TERAMAT MULIA DATO’ UNDANG LUAK JELEBU

JELEBU, 16 Mei 2025 - Telah berlangsung Sesi Mengadap Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad Dato’ Undang Luak Jelebu bertempat di Balai Undang Luak Jelebu.
Sesi ini bertujuan untuk bersuai kenal bersama dengan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) yang baharu dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu (PBSD Jelebu) yang baru bertukar masuk. Selain itu pihak JBSNS turut memaklumkan tentang perancangan program - program sepanjang tahun selain bertukar pendapat dan maklumat.
Sesi ini telah dihadiri oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu.
Semoga dengan adanya sesi begini dapat melancarkan program dan urusan di peringkat Negeri Sembilan dan di peringkat Daerah Jelebu.
#teamKBS
#teamJBSN9
#teamPBSDJelebu

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search