BAHANG SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH REMBAU 2025 DIRAI BERSAMA

Rembau, 15 Mei 2025 (Khamis) – Sambutan Hari Belia Negara disambut setiap tahun iaitu pada 15 Mei sebagai pengiktirafan oleh kerajaan terhadap peranan dan sumbangan belia yang banyak memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara.
Lebih dari 550 orang termasuk petugas, sukarelawan dan kumpulan persembahan memenuhi segenap ruang Dewan IKTBN Chembong bagi menyerikan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rembau 2025 yang bertemakan ‘YAKIN BOLEH’. Tujuh segmen (port) mengisi aktiviti sepanjang program bagi menyemarakkan lagi suasana dan bahang sambutan HBN di peringkat akar umbi ini. Antaranya ialah Port Fit Malaysia (Senamrobik Perdana), Port Jana Duit (Sesi Perkongsian Y-Hub Negeri Sembilan), Port FYP (Himpunan Pempengaruh Belia), Port Healing (WOW Truck), Port Gaming (Mini Tournment E-Sport), Port Santai Janji Sampai (Pameran agensi) dan Port Seni (Persembahan Nasyid dan Busker).
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, ADUN Kawasan Chembong bersama YB Tuan Suhaimi bin Aini, ADUN Kawasan Kota, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau dan En. Muhammad Faries Faizal bin Shamsul, Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau.
Turut hadir Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan selaku pegawai pemantau perjalanan program serta beberapa ketua jabatan dan wakil agensi pentadbiran daerah ini. Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perancangan, persiapan dan pelaksanan program kali ini.
Belia Penentu Masa Depan Negara.
Yakin Boleh.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNbersama
#rakanmuda
#PBSDRembau
#MBDRembau
@followers

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search