- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 62
SAMBUTAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 62
Port Dickson, 15 Mei - Hari Belia Negara yang lazimnya disambut pada 15 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan belia kepada Negara yang melibatkan penyertaan belia secara inklusif merentasi lapisan bangsa, status ekonomi dan demografi di peringkat akar umbi serta relevan dengan kehendak belia yang berkonsepkan "Dari Belia Untuk Belia".
Dengan mengekalkan tema "Yakin Boleh" seperti garis panduan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sambutan Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2025 Daerah Port Dickson telah berlangsung meriah bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD). Penglibatan 700 orang peserta terdiri dari Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson, badan-badan gabungan, pelajar KVPD, pelajar sekolah serta agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) telah memenuhi Dewan Seri Gemilang seawal jam 07.00 pagi.
Program sambutan ini telah direalisasikan melalui 8 port/segmen pilihan seperti Port Makan-Makan, Port Jana Duit, Port Healing, Port Santai Janji Sampai, Port Seni dan Port Sukan serta Pavilion MBD Port Dickson dan Pavilion Rakan Muda. Dua acara telah dipertandingkan melalui Port Sukan : Pertandingan Mobile Legend dan Port Seni : Pertandingan Kanvas PD View. Pemilihan port/segmen dan pertandingan ini dilaksanakan bagi membuka peluang dan ruang kepada golongan belia untuk berkarya, mencabar keupayaan fizikal dan mental serta menyerlahkan potensi diri di samping memupuk bakat kepimpinan di peringkat belia awal dalam menyahut cabaran Kerajaan yang menetapkan had umur belia pada 30 tahun menjelang 2026. Selain itu, penglibatan pameran berbentuk informatif dan interaktif dari agensi Kerajaan, swasta dan NGO di sepanjang program berlangsung turut memberikan impak yang besar dalam para belia yang hadir.
Acara sambutan dilengkapi dengan lafaz bacaan Ikrar Belia Malaysia yang dipimpin oleh Saudara Muhammad Syakir Zufayr telah dilaungkan dengan penuh bersemangat bersama semua peserta sambil disaksikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Nor Azman Mohamad, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bersama dif-dif kehormat yang lain. Seterusnya Yang Berbahagia Ustaz Nor Azman Mohamad menyampaikan amanatnya kepada para belia harapan Negara sekaligus merasmikan Program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson pada edisi kali ini.
Semoga program sambutan ini dapat memenuhi keperluan bagi penyediaan platform strategik kepada pemegang taruh untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi di masa akan datang.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi Kerajaan, swasta dan NGO serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Semarak Hari Belia Negara 2025 Daerah Port Dickson pada hari ini.
Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Majlis Belia Daerah Port Dickson
#JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#RakanMuda #YakinBoleh belia.my
#MBDPortDickson #MenggerakBelia