SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2025

Seremban, 15 Mei 2025 (Khamis) – Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Seremban 2025 telah berlangsung dengan meriah di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mambau, Seremban yang melibatkan lebih 500 orang peserta. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seremban dan Gerakan Belia 4B Cawangan Seremban.
Program bermula seawal jam 7.45 pagi dengan Port Fit Komuniti: Senamrobik & Zumba yang berlangsung penuh semangat dan energetik. Kemeriahan diteruskan dengan pelbagai pengisian menarik seperti Port Santai Janji Sampai yang menampilkan aktiviti kuiz kenegaraan dan patriotisme, serta Port Terapi Jiwa yang mendapat sokongan daripada Dr. Saraiza Abu Bakar, Pakar Perunding Otorinolaringologi, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Selain itu, turut diadakan Port Rakan Muda, saringan kesihatan, sukan dalaman yang dikendalikan oleh Kolej Komuniti Rembau, serta pameran agensi melibatkan AADK, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Hospital HSIS dan Rakan Muda. Terdapat juga pertandingan seperti Dam, Sahibba dan Teka Silang Kata yang turut dikendalikan oleh Kolej Komuniti Rembau. Program diakhiri dengan Port Seni yang menampilkan pengenalan kepada Asas Seni Tari dan Asas Seni Bela Diri Taekwondo.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Nuruddin bin Zainol Razak, mewakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional & NGO, Exco Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Turut hadir dalam majlis ini ialah:
• Encik Razali bin Md Taib, Pengetua SMK Mambau
• Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia & Sukan Daerah Seremban
• Puan Nur Azalina binti Mohamed Adam, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
• Encik Mohd Fairos Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan
• Encik Mustaza bin Mustafa Kamal, Pengerusi Majlis Belia Daerah Seremban
• Dr. Haslina binti Hasan, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban
• Puan Amalina binti Zainal, Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Rembau
• Puan Asrifah binti Sharif, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Mambau
• Pemimpin-pemimpin persatuan belia daerah Seremban, guru-guru serta para pelajar SMK Mambau
Encik Ahmad Syarifuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan turut turun padang meninjau pelaksanaan program ini. Beliau sempat meluangkan masa beramah mesra bersama Pengetua SMK Mambau, para pempamer dan instruktur serta pelajar SMK Mambau.
Turut terlibat dalam penganjuran program ini ialah Puan Fairuz M. Nor, Puan Reena Nornisha binti Nordin dan Encik Mohd Khushairi bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Seremban 2025.
Adalah diharapkan agar melalui jalinan kerjasama dan penganjuran program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia mengenai peranan penting mereka dalam pembangunan negara.
Hannah Yeoh;
Adam Adli;
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#TeamJBSN #JBSNBersama
#TeamKBS #TeamJBSN9
#TeamPBSDSeremban
#MBDSeremban
#MenggerakBelia

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search