- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 80
SEMARAK HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 80
SERTING, 15 Mei 2025 - Telah berlangsungnya Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Jempol yang bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol pada hari ini.
Program ini telah melibatkan seramai 600 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar-pelajar sekolah, belia-belia di jempol dan luar jempol, penjawat-penjawat awam kerajaan dan swasta, ibu-bapa, dan masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti Larian HBN Jempol Challenge 2025, 10,000 langkah Jelajah ANMS, Pertandingan Karaoke Terbuka Jempol, Senamrobik, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, sesi townhall bersama belia, pameran agensi kerajaan dan swasta, pameran agensi badan beruniform (skuad wira), pemeriksaan kesihatan, jualan makan-minum, dan Jualan Rahmah Madani.
Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Shamsulkahar Bin Hj. Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM). Turut hadir dalam perasmian ialah YB Dato' Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir, ADUN Jeram Padang, En. Mohd Haris Bin Abd Rahman, wakil YDP MPJL, Tuan ASP Anas Bin Reduan, wakil Ketua Polis Daerah Jempol, IR. Hairol Pa Ize Bin Aziz, Jurutera Daerah Jempol, Dr. Muhammad Hilmi Bin mahmud, wakil Pegawai Kesihatan daerah Jempol, En. Nor Rashidi Bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, En. Mohd Fairos Bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, En. Faizal Bin Othman, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol, ketua-ketua jabatan, dan wakil ketua jabatan.
Terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta selaku rakan strategik, persatuan-persatuan gabungan Majlis Belia Daerah Jempol, Kelab kecergasan Bahau, Persatuan Belia Felcra Bayai, dan sukarelawan-sukarelawan yang telah membantu dalam menjayakan program pada hari ini.
Semoga dengan terlaksananya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada belia-belia, peserta dan masyarakat setempat dan sebagai medan membina jaringan, menimba pengalaman, dan mencabar keupayaan diri.
#MalaysiaMadani
#TeamKBS
#JBSNBersama
#HBN
#hbnjempol
#pbsdjempol
#mbdjempol
#yakinboleh