SEMARAK HARI BELIA NEGARA 2025 PERINGKAT DAERAH JELEBU

15 Mei 2025 Jelebu - Telah berlangsung Program Semarak Hari Belia Negara 2025 Peringkat Daerah Jelebu yang dianjurkan bersama Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri. 9 segmen aktiviti telah disajikan untuk para pengunjung antaranya Port Santai Janji Sampai, Port Fit Malaysia, Port Makan, Port Jana Duit, Port Healing, Port Gaming, Pavilion Persatuan Belia, Pavilion Rakan Muda dan Port Gaya & Trend.
Program turut dimeriahkan lagi dengan kehadiraan trak minum percuma dari porduk MILO dan Oligo.
Port Fit Malaysia telah menjadi acara pembukaan program iaitu Fun Walk sejauh 800 meter yang disertai 300 orang peserta telah disempurnakan majlis pelepasannya oleh YB Dato' Ir. Hj. Bakri bin Sawir, ADUN Klawang. Semarak HBN Jelebu turut menampilkan jemputan khas artis yang juga motivator iaitu Dr. Ezanny Nizariff bagi membantu pelajar yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini merangka hala tuju masa depan mereka.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Sungai Lui mewakili YB Datuk Seri Jalaluddin bin Hj. Alias, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu. Turut hadir Tuan Abdul Rahim bin A. Aziz, Pegawai Daerah Jelebu, Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Encik Razaiwan bin Yunus, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Jempol Jelebu, Puan Aini Rozita bin Ahmad, Pengetua SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri, Encik Fauzan bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu, Ketua-ketua Jabatan dan wakil Ketua Jabatan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada pentadbiran SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri yang telah berbesar hati sudi menjadi tuan rumah bagi Program Semarak Hari Belia Negara pada tahun ini serta agensi-agensi kerajaan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Semarak HBN 2025 pada hari ini.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdjelebu
#semarakhbn2025
#hbn2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search