- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 45
BAHANG HBN 2025 DAERAH PORT DICKSON KIAN TERASA
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 45
Port Dickson, 14 Mei - Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) yang saban tahun disambut di peringkat daerah adalah untuk meraikan para belia serta memberi pengiktirafan terhadap pembangunan belia di peringkat akar umbi. Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan program ini bersama rakan strategik Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson.
Seawal jam 3.00 petang, kerja-kerja persiapan tempat untuk Program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson telah bermula di Dewan Seri Gemilang, KVPD. Petugas-petugas dari MBD Port Dickson yang diketuai oleh Encik Arumugam Ganasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Logistik Program ini, telah membuat susunatur di dalam dewan tersebut. Para pempamer dari agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan gabungan MBD Port Dickson turut hadir bersama untuk menjalankan kerja-kerja persiapan terakhir.
Satu perbincangan ringkas bagi menilai kerja-kerja persiapan tempat dan susunatur telah diadakan di ruang pentas Dewan Seri Gemilang KVPD. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson menyemak silang beberapa perkara yang melibatkan tentatif majlis perasmian, sistem audio bunyi, tayangan video dan protokol tetamu kehormat. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada pegawai dan kakitangan PBSD Port Dickson dan kepada barisan ahli jawatankuasa MBD Port Dickson yang hadir bersama. Beliau mengharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan baik mengikut seperti perancangan yang telah dibuat.
Dengan beberapa pindaan dan perubahan kecil, kerja-kerja persiapan tempat diteruskan lagi dengan seliaan dari Puan Zuraidah Mat Ratin selaku Pegawai Penyelaras program ini sambil dibantu oleh pegawai dan kakitangan PBSD Port Dickson yang lain.
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#MBDPortDickson #MenggerakBelia