- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 39
SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH TAMPIN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 39
TAMPIN, 15 Mei 2025 – Golongan belia merupakan kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian dan pengiktirafan di semua peringkat sebagai langkah melestarikan budaya belia berpersatuan. Tanggal 15 Mei setiap tahun telah diwartakan sebagai sambutan Hari Belia Negara yang sudah pastinya dinantikan oleh seluruh masyarakat belia Malaysia.
Bertemakan ‘Yakin Boleh’, pagi tadi berlangsungnya program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tampin Tahun 2025 bertempat di SMK Tunku Syed Idrus, Tampin. Lebih daripada 713 orang belia daripada Majlis Belia Daerah Tampin serta gabungan NGO dan pelajar sekolah sekitar Tampin hadir memeriahkan sambutan dan aktiviti yang telah diadakan. Pelaksanaan program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang ke arah kemeriahan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 17 – 18 Mei 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
Sambutan di Daerah Tampin pada 14 - 15 Mei 2025 melibatkan 8 Port/Segmen dan 10 Aktiviti. Antaranya Port Fit Malaysia: Langkah Aktif dan Street Soccer, Port Gaming: Mobile Legend Tournament, Port Lepak Santai Janji Sampai: Sesi Dialog bersama MPC dan Konvoi Sahabat Belia, Port Seni: Youth Voice Battle dan Persona Warisan Fashion Show, Port Jana Duit: Karnival Pendidikan dan Kerjaya, Port Skuad Wira: Demonstrasi Skuad Wira Bomba, Port Makan-Makan: Makan Street dan Pavillon Rakan Muda: Promosi dan Pendaftaran Rakan Muda.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin. Turut hadir memeriahkan majlis ini, YB Tuan Suhaimizan bin Bizar, ADUN Gemencheh, Encik Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras Dun Gemas, Tuan Haji Mohamad Isa bin Wahab, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Syed Idrus, En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Zarif Asyraf bin Norazmi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung bagi pelaksanaan program ini. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan lagi demi pembangunan belia di daerah Tampin khasnya.
Yakin Boleh
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin