KUNJUNG HORMAT JKKN NEGERI SEMBILAN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN.

PAROI, 14 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSN9) telah menerima sesi kunjung hormat dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan. Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSN9 bersama Timbalan Pengarah, Puan Junainie binti Mohamad, Penolong Pengarah, Encik Rosdi bin Pilus dan Pegawai Rakan Muda, Azmee Amar Azwan menyambut kehadiran Pengarah JKKN Negeri Sembilan, Puan Mazidah binti Mustapha bersama Penolong Pengarah Cik Rosdianah binti Roman.
Kedua-dua Jabatan telah berkongsi fungsi, peranan dan tanggungjawab Jabatan masing dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Antara tujuan utama sesi kunjung hormat ini adalah pelaksanaan Pelancaran Senam Seni 2.0 yang bakal dilancarkan pada 14 Jun 2025 bertempat di Bukit Ramunia, Gemencheh sempena Negeri Sembilan 7 Wonders Challenge 2.0. JBNS9 komited dalam sebarang bentuk kerjasama dalam perlaksanaan program bersama JKKN Negeri Sembilan.
Semoga sesi pertemuan membuka lembaran baharu buat kedua-dua Jabatan dalam mengeratkan kerjasama seterusnya menjadi rakan strategik yang mampu memberi impak kepada masyarakat.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search