MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU AN NUR KOMBES PAROI BIL 1/2025

PAROI, 8 MEI 2025 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Surau An Nur Kombes Paroi Bil 1 Tahun 2025.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan program bagi tahun ini. Antara program yang telah berjaya diadakan adalah Program Sambutan Ramadhan (Mantai Puasa) yang lalu. Perancangan ini amat penting bagi memastikan kelangsungan program Surau An Nur Kombes ini selari dengan matlamat iaitu ingin menyampaikan mesej kerohanian selain dari mengeratkan lagi ukhwah dikalangan Ahli Jawatankuasa juga dengan orang awam.
Selain itu juga mesyuarat kali ini juga membuat pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan ahli yang telah berpindah dari jabatan baru- baru ini. Ini bagi memudah cara urusan berkaitan perjalanan dokumentasi juga kewangan.
Terima kasih diucapkan kepada ahli- ahli yang banyak memberi sumbangan dan kerjasama bagi pelaksanaan program dan aktiviti surau sebelum ini.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search