MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2025

SERTING, 8 Mei 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Nor Rashidi bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol bertujuan membincangkan penyelarasan aktiviti serta tugasan dari agensi-agensi yang terlibat.
Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 melibatkan 6 segmen antaranya ialah Port Makan-Makan, Port Seni, Port Healing (Terapi Jiwa), Port Skod Wira (Skuad Wira), Port Fit Malaysia, & Pavilion MBN/MBD & Badan Gabungan.
Turut hadir pada mesyuarat ini ialah dari agensi Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, IPD Jempol, APM Jempol, PKD Jempol, Markas Briged 1, Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol, AADK Jempol, PPD Jempol, Majlis Belia Daerah Jempol, Persatuan Belia Felcra Bayai, Kelab Kecergasan Bahau, dan MAYC Jempol.
Semoga dengan terlaksananya mesyuarat ini dapat membantu melancarkan pelaksanaan Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Jempol 2025 dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan kerjasama rakan strategik antara agensi-agensi di Daerah Jempol dan luar Jempol.
#MalaysiaMadani
#JBSNBersama
#HBN
#hbnjempol
#pbsdjempol
#mbdjempol
#fypシ゚viralシ

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search