MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH JELEBU TAHUN 2025

6 Mei 2025, Jelebu - Mesyuarat Penyelarasan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2025 yang akan diadakan di SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri pada pagi tadi bertujuan untuk menyelaras aktiviti serta tugasan persiapan dan dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Haji Noorulhuda Bin Haji Abdul Rahman.
Sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Jelebu Tahun 2025 akan dilaksanakan pada 15 Mei 2025 di sekolah ini melibatkan 10 segmen antaranya ialah Port Makan-Makan, Port Healing, Port Santai Tapi Sampai, Port Fit Malaysia, Port Gaya & Trend, Pavilion Rakan Muda, Pavilion MBD & Badan Gabungan, Port Skod Wira, Port Gaming dan Port Jana Duit.
Turut hadir pada mesyuarat ini, En Anuar Bin Rahim, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Jelebu, Puan Aini Rozita Binti Ahmad pengetua SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri serta barisan ahli jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu.
Semoga program ini berjalan dengan lancar serta tercapai objektifnya demi pembangunan belia di Daerah Jelebu khasnya.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search