- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 90
LAWATAN TAPAK PROGRAM SEVEN WONDERS CHALLENGE 2.0 DAERAH TAMPIN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 90
Tampin 6 Mei 2025 (Selasa) - Telah berlangsung satu sesi lawatan tapak dan tinjauan laluan bagi Program Seven Wonders Challenge 2.0 Daerah Tampin bersama En. Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin bertempat di Bukit Ramunia, Kg. Air Rawa, Gemencheh Negeri Sembilan pada pagi tadi.
Tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti laluan pendakian Program Seven Wonders Challenge 2.0 Daerah Tampin bagi tahun 2025. Lawatan ini di ketuai oleh En. Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin bersama-sama agensi yang terlibat seperti Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Tampin selaku Penyelaras Program, ahli jawatankuasa agensi daerah seperti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Pejabat Renjer Hutan Gemencheh, Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, APM Daerah Tampin, Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan dan JPKK Kg. Pulau / Air Rawa. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin