PERTANDINGAN PROGRAM BIGGEST LOSER KBS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025 TELAH BERMULA

KOMBES NEGERI SEMBILAN, 3 Mei 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025.
Seramai 190 orang peserta telah hadir ke sesi taklimat dan timbang berat bagi menyertai program ini bermula pada 3 Mei dan tamat pada 13 September 2025.
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memperluaskan penerapan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya warga Negeri Sembilan melalui pengisian berbentuk latihan kecergasan, pendidikan dan modul yang perlu diikuti bagi mengurangkan berat badan.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan juga telah menjalinkan kerjasama rakan strategik dengan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Wellness Hub Seremban, Sports Nutrition Academy, ASPEN, Protech dan Yakult.
Turut hadir, Encik Rosdi Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
#BiggestLoserKBSJBSNS
#TEAMJBSNS
#TEAMJBSN
#MalaysiaMadani

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search