KELANASISWA POLITEKNIK PORT DICKSON HADIR TAKLIMAT ARPRM

Port Dickson, 01 Mei - Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson sedang giat mempromosikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di sekitar daerah ini. Kesinambungan dengan itu, seramai 50 orang Kelanasiswa Politeknik Port Dickson (PoliPD) telah membanjiri Green Lab 3, PoliPD untuk mendengar taklimat dan sesi pembelajaran Sistem Prolog ARPRM. Taklimat dan sesi pembelajaran ini disampaikan oleh Encik Mohd Azam Zakaria dan Puan Siti Alifah Hamzah yang merupakan pemimpin ARPRM dari Badan Operasi (BO) PBSD Port Dickson.
Inisiatif taklimat ARPRM ini telah dijayakan dengan kerjasama PBSD Port Dickson bersama Ts. Dr. Norhanani Abd Rahman dan Encik Zulkurnain Hassan selaku pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PoliPD. Objektif inisiatif ini adalah demi membantu pelajar kelanasiswa menjayakan program ARPRM ini memandangkan tahun 2025, semua perekodan aktiviti ARPRM adalah melalui sistem Prolog secara mutlak.
Sesi taklimat dimulakan oleh Encik Mohd Azam Zakaria dengan tayangan video penerangan ARPRM kepada semua pelajar. Ianya diteruskan lagi dengan penerangan secara mendalam berkaitan pelaksanaan komponen-komponen ARPRM. Hampir keseluruhan audien dapat memahami konsep dan pelaksanaan komponen ARPRM dengan kaedah komunikasi dua hala.
Sesi diteruskan lagi dengan penerangan dan pembelajaran Sistem Prolog ARPRM oleh Puan Siti Alifah Hamzah. Sebelum sesi dimulakan, semua pelajar dikehendaki mendaftar sebagai pengguna di dalam sistem secara atas talian di pautan https://arprm.kbs.gov.my/ks_user/login.php. Pautan ini boleh dilayari melalui komputer, laptop dan telefon bimbit. Proses seterusnya ialah penerangan secara hands-on kepada semua pelajar secara berperingkat mengikut komponen ARPRM.
Turut hadir bersama dalam sesi taklimat ini ialah Encik Izwan Kamal Abdul Wahab, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PoliPD dan Puan Zuraidah Mat Ratin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#RakanMuda #YakinBoleh #ARPRM

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search