- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 63
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA DAERAH PORT DICKSON 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 63
Port Dickson, 01 Mei - Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) yang diadakan saban tahun adalah bertujuan untuk menyemarakkan suasana dan bahang Sambutan Hari Belia Negara di peringkat akar umbi yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2025 secara serentak di seluruh negara. Justeru itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson telah menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson 2025 pada 30 April 2025 bertempat di Kolej Vokasional (KV) Port Dickson.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah dihadiri oleh Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson selaku rakan strategik, agensi-agensi kerajaan daerah Port Dickson termasuk Encik Mohammad Shafie Hamir, Pengarah KV Port Dickson selaku tuan rumah program ini.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif memperkenalkan diri beliau dan pegawai-pegawai dari PBSD Port Dickson yang turut hadir bersama kepada semua ahli mesyuarat. Beliau menerangkan tujuan mesyuarat penyelarasan ini adalah bagi membincangkan perihal berkaitan pelaksanaan Program Semarak HBN Daerah Port Dikcson 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 15 Mei 2025 di Dewan Seri Gemilang, KV Port Dikcson.
Seterusnya, beliau mempersilakan Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi MBD Port Dickson telah membentangkan kertas konsep pelaksanaan kepada semua ahli mesyuarat. Beliau memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat bahawa pelaksanaan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson pada tahun ini akan membawa sedikit kelainan dengan penyediaan segmen-segmen terpilih mengikut kesesuaian dan minat para belia setempat. Tema HBN pada tahun ini masih dikekalkan dengan tema yang sama seperti tahun lalu iaitu "Yakin Boleh!". Beliau juga menyatakan dengan jelas berkaitan gandingan kerjasama yang diperlukan dari setiap agensi kerajaan yang hadir.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif membuka ruang kepada semua ahli mesyuarat untuk membincangkan perihal berkaitan gandingan kerjasama agensi-agensi kerajaan dalam menjayakan program ini. Semua ahli mesyuarat memberikan respond yang positif demi menjayakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan ini.
Di akhir mesyuarat, Encik Mohd Faizal Mohd Arif mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir mewakili setiap agensi yang dijemput. Beliau berharap agar kata putus yang dicapai dalam mesyuarat ini serta jalinan kerjasama yang terjalin akan membuahkan hasil yang terbaik demi kelancaran program dan kepentingan para belia di daerah Port Dickson.
Turut hadir dalam mesyuarat ialah Encik Nor Fazal Adura Nordin, Timbalan Pengarah KV Port Dickson, Puan Zuraidah Mat Ratin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan barisan ahli jawatankuasa MBD Port Dickson.
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#beliamy #YakinBoleh
#MBDPortDickson #MenggerakBelia