KEJOHANAN LUMBA BASIKAL JALANRAYA TAMPIN 2025

TAMPIN, 1 Mei 2025 (Khamis) – Seramai 250 pelumba menyahut cabaran Kejohanan Lumba Basikal Jalanraya Tampin 2025 yang telah diadakan di Felda Jelai, Gemas Negeri Sembilan pada hari ini.
Kejohanan di bawah Program Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan.
Sebanyak 11 kategori mengikut jantina dan peringkat umur telah dipertandingkan bagi menarik pelumba dari pelbagai kelab berbasikal dalam dan luar negeri antaranya Johor, Perak, Terengganu, Melaka dan Wilayah Persekutuan.
Majlis Pelepasan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Puan Suriani binti Salihan, Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin. Turut hadir En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Saiful Adly bin Hj Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin serta beberapa ketua jabatan dan wakil agensi.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, JKR Daerah Tampin, Pejabat Felda Jelai 3, Masjid Nurul Huda Felda Jelai 3 dan Pihak Pengurusan Gugusan Felda Jelai dalam membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDTampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search