- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 77
KUNJUNGAN HORMAT MBD PORT DICKSON KE PBSD PORT DICKSON
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 77
Port Dickson, 08 April - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson telah menerima kunjungan hormat dari barisan jawatankuasa Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson, di sini hari ini.
Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Encik Khairi Kamaruddin selaku Pengerusi MBD Port Dickson bersama Encik Muhammad Hafiz Shamsudin, Cik Khairina Kamaruddin dan Encik Mohd Hanif Nadri bertujuan untuk berkenalan dan beramah-mesra dengan pegawai-pegawai yang baharu berpindah ke PBSD Port Dickson iaitu Encik Mohd Faizal Mohd Arif selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Puan Zuraidah Mat Ratin selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Encik Khairi Kamaruddin telah memperkenalkan MBD Port Dickson yang berwajah baharu dengan barisan ahli jawatankuasa yang dilantik 2024-2026. Beliau turut mengambil peluang membentangkan perancangan program dan aktiviti pertubuhan induk itu bagi sepanjang tahun 2025.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif bersama barisan pegawai PBSD Port Dickson menyambut baik kunjungan hormat dan pembentangan perancangan MBD Port Dickson. Beliau turut berharap agar MBD Port Dickson akan terus menjadi rakan strategik utama PBSD Port Dickson serta memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan pemerkasaan dan pembangunan belia di daerah ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN #JBSNBersama
#TeamJBSN9
#TeamPBSDPortDickson
#MBDPortDickson
#menggerakbelia