SALAM PERPISAHAN DAN SELAMAT MAJU JAYA

Seremban, 18 April 2025 - Selamat maju jaya diucapkan kepada En Mahadir bin Darahi, Pegawai Pembangunan Bahagian Rakan Muda dimana hari ini merupakan hari terakhir beliau di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Beliau mula berkhidmat di jabatan ini pada 4 Januari 2021 sebagai Pegawai Belia dan Sukan di Daerah Jempol. Pada 17 Mac 2025 beliau telah bertukar ke Jabatan di Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan hari ini adalah hari terakhir beliau di jabatan sebelum melangkah keluar meneruskan perkhidmatan di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Semoga penghijrahan ini memberi lebih inspirasi kepada beliau untuk terus berjaya dan memberi lebih manfaat kepada golongan belia tidak kira dimana beliau berada.
Sampai jumpa lagi Tuan!

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search