MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH TAMPIN TAHUN 2025

16 April 2025, Tampin - Mesyuarat Penyelarasan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tampin Tahun 2025 yang telah diadakan di SMK Tunku Syed Idrus pada pagi tadi bertujuan untuk menyelaras aktiviti serta tugasan persiapan dan dipengerusikan sendiri oleh pengetua sekolah, Tuan Haji Mohamad Isa bin Haji Wahab.
Sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tampin Tahun 2025 akan dilaksanakan pada 15 Mei 2025 di sekolah ini melibatkan beberapa segmen Port Fit Malaysia : Langkah Aktif & Street Soccer Tournament, Port Seni : Youth Voice Battle & Persona Warisan Fashion Show, Port Jana Duit : Karnival Pendidikan dan Kerjaya, Port Gaming : Mobile Legend Tournament, Port Skod Wira : Pertunjukkan Skuad Wira, Port Makan - Makan : Makan Street dan terakhir Port Santai Janji Sampai : Konvoi Sahabat Belia.
Turut hadir pada mesyuarat ini, En Mohd Firdauz bin Shariff, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin serta barisan ahli jawatankuasa Majlis Belia Daerah Tampin.
Semoga program ini berjalan dengan lancar serta tercapai objektifnya demi pembangunan belia di Daerah Tampin khasnya.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search