KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH JELEBU KE PEGAWAI DAERAH JELEBU

JELEBU, 14 APRIL 2025 – Telah berlangsung kunjungan hormat Tuan Hj. Noorulhuda Bin Hj. Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu ke Tuan Abdul Rahim Bin A. Aziz, Pegawai Daerah Jelebu bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk berkenalan dan beramah mesra dengan Tuan Pegawai Daerah dan memaklumkan takwim program Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu disamping berbincang mengenai potensi-potensi untuk berkolaborasi bersama dengan Pejabat Daerah Jelebu berkaitan program-program belia, sukan dan rakan muda.
Tuan Abdul Rahim menyambut baik kunjungan hormat dari Pegawai PBSD Jelebu. Beliau berharap agar PBSD Jelebu akan dapat sentiasa bersama dalam meneruskan kerjasama dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pembangunan belia, sukan dan rakan muda.
#teamJBSN
#teamJBSN9
#teamPBSDJelebu
#JBSNbersama

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search