- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 97
TAKLIMAT RAKAN MUDA DAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 97
Seremban, 11 April 2025 (Jumaat) - Telah berlangsung Taklimat Rakan Muda dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM) bertempat di Bilik Mesyuarat Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz, Forest Heights Seremban.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En Mohd Khushairi Bin Zainal, Unit Pembangunan Rakan Muda PBSD Seremban.
Taklimat ini telah dihadiri oleh Tuan Hj Mohd Shaiful Anuar bin Shariff Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Raba'a Arshad Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rowina Hartini Mohamad Yusof, Penyelaras Kelab Persatuan, Puan Nasmizana Mohd Nawi Ketua Guru Penasihat Kelab Rakan Muda dan Puan Rusmarina Abu Bakar Guru Penasihat Kelab Rakan Muda. Turut hadir Cik Reena Nornisha Binti Nordin Unit Pembangunan PBSD Seremban.
Diharap dengan sokongan serta kerjasama yang baik dari pihak Kolej akan dapat meramaikan dan mengaktifkan lagi penglibatan golongan remaja dan belia di dalam program-progran Rakan Muda khususnya di Daerah Seremban.
#pbsdseremban
#jbsns9
#MalaysiaMADANI
#RakanMuda
#ARPRM